Amalan-amalan ibadah di bulan Ramadhan
Banyak ibadah yang diperintahkan atau dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan. Di antara ibadah-ibadah tersebut adalah:
1. Shaum (puasa)
Puasa adalah salah satu rukun dari rukun-rukun Islam. Sehingga tidak
sepatutnya seorang muslim melalaikan apalagi meninggalkannya.
Puasa juga mengandungi sekian keutamaan bagi siapa yang melaksanakannya
dengan ikhlas dan sesuai dengan tuntunan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wa Sallam. Dia juga seharusnya teliti dalam meneladani syarat-syarat dan
adab-adabnya.
Di antara keutamaan puasa adalah:
1. Sebagai sebab diampuninya dosa yang telah lalu.
Hal ini sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala
hanya dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Al
Bukhari dan Muslim)
2. Shaum (puasa) membentengi pelakunya dari An Nar (Neraka)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya Shiyam (puasa) sebagai benteng, dengannya seorang hamba
dapat membentengi dirinya dari An Nar (neraka). Dia (puasa itu) untukku
dan Aku yang akan membalasnya.” (HR. Ahmad no. 14727)
3. Shaum menghantar (pelakunya) ke dalam Al Jannah (Syurga)
Shahabat Abu Umamah radliyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang dengan amalan
tersebut aku dapat masuk Al Jannah (surga)!” Beliau ` bersabda: “Wajib
bagimu untuk berpuasa, (kerana) tidak ada yang sebanding dengannya.”
(HR. An Nasa`i, Ibnu Hibban dan Al Hakim)
4. Orang yang berpuasa akan mendapat pahala dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala tanpa hisab (perhitungan)
5. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu bahagia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah diakhirat.
6. Bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah Subhanallahu wa Ta’ala daripada aroma misk (kesturi)
Hal tersebut di atas sebagaimana yang dijelaskan dalam hadits Abu
Hurairah radliyallahu ‘anhu, ia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wa Sallam bersabda:
“Setiap amalan Bani Adam dilipatgandakan. Satu kebaikan dibalas dengan
sepuluh kali kebaikan sampai dengan tujuh ratus kali lipat. Allah
Subhanallahu wa Ta’ala berfirman: “Kecuali shaum (puasa). Maka
sesungguhnya ia (puasa) untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya; dia
(hamba) meninggalkan syahwat dan makannya kerana Aku. Dan bagi orang
yang puasa ada dua kebahagiaan iaitu ketika berbuka dan bertemu Rabbnya.
Dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah
daripada aroma misk.” (HR. Muslim no. 1945)
7. Shaum (puasa) dan Al Qur’an memberi syafa’at (dengan izin Allah) bagi pelakunya
Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Shiyam (puasa) dan Al Qur`an keduanya memberi syafa’at bagi hamba pada
hari kiamat. Shaum berkata: “Wahai Rabbku aku telah mencegahnya dari
makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafa’at
padanya.’ Dan Al Qur`an berkata: “Aku telah mencegahnya dari tidur di
waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafa’at padanya. Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melanjutkan: “Maka keduanya (shaum dan Al
Qur`an) diizinkan untuk memberi syafa’at.” (HR. Ahmad no. 6337)
8. Pintu Al Jannah (syurga) “Ar Rayyan” dikhususkan bagi orang-orang yang berpuasa.
Termasuk salah satu keutamaan shaum (puasa) Ramadhan, Allah Subhanallahu
wa Ta’ala jadikan bagi mereka yang berpuasa pintu khusus untuk mereka
di Al Jannah (syurga) yang diberi nama Ar Rayyan. Hal ini sebagaimana
dijelaskan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadits
yang diriwayatkan dari shahabat Sahl bin Sa’d radliyallahu ‘anhu, beliau
` bersabda:
“Sesungguhnya di Al Jannah (syurga) ada sebuah pintu yang disebut Ar
Rayyan. Pada hari kiamat kelak orang-orang yang berpuasa akan memasuki
Al Jannah melalui pintu ini. Tidak seorang pun selain mereka masuk
melalui pintu ini. Dikatakan (kepada mereka): ‘Di mana orang-orang yang
berpuasa?’, maka mereka bangkit (dan masuk). Tidak seorang pun selain
mereka masuk melalui pintu ini. Ketika mereka telah memasukinya,
ditutuplah pintu tersebut, maka tidak seorang pun dapat memasukinya.”
(HR. Al Bukhari no. 1763 dan Muslim no. 1947)
2. Solat Tarawih
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa menegakkan solat (Tarawih) di bulan Ramadhan kerana iman
dan mengharap pahala hanya dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah
lalu.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Dan yang lebih utama, shalat tarawih dilaksanakan secara berjamaah
menurut majoriti ulama, seperti Al Imam Asy Syafi’i, Al Imam Abu
Hanifah, Al Imam Ahmad, sebahagian ulama Malikiyah, dan yang lainnya.
(Lihat Syarah Shahih Muslim).
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya barangsiapa mendirikan solat bersama imam (secara
berjamaah) hingga selesai ditulis baginya seperti solat semalam suntuk.”
(HR. At Tirmidzi)
3. Qira’atul Qur’an (membaca Al Qur’an)
Hendaknya orang yang sedang menunaikan ibadah puasa menyibukkan dirinya
dengan ibadah-ibadah yang lainnya, seperti dzikir, qira’atul Qur’an,
sadaqah, dan berbuat baik kepada orang lain. Demikianlah yang
dicontohkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam, sebagaimana dikisahkan oleh Ibnu ‘Abbas radliyallahu ‘anhuma:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling
bersemangat terhadap kebaikan. Dan (beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam)
lebih bersemangat ketika Malaikat Jibril ‘alaihissalam datang
menemuinya di bulan Ramadhan. Dan Malaikat Jibril ‘alaihissalam biasa
menemui beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam di setiap malam selama bulan
Ramadhan hingga akhir bulan. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam
membacakan kepadanya Al Qur`an. Maka ketika Jibril ‘alaihissalam
menemuinya, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih bersemangat terhadap
kebaikan (lebih kencang) daripada angin yang berhembus.” (HR. Al
Bukhari no. 1769)
Bulan Ramadhan disebut juga Syahrul Qur’an (bulan Al Qur’an), kerana di
bulan tersebut Al Qur’an diturunkan. Maka perbanyaklah membaca Al Qur’an
sambil merenungi kandungannya, serta tanamkan di hati bahawa dirinya
sedang membaca Kalamullah (firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala).
4. Memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa
Kaum muslimin rahimakumullah, seorang muslim yang diberi keutamaan oleh
Allah Subhanallahu wa Ta’ala dari sisi rezeki hendaklah memanfaatkan
kesempatan yang baik ini untuk membantu saudaranya yang kekurangan,
walaupun sekadar memberi makanan berbuka untuk mereka, kerana keutamaan
memberi makanan berbuka orang yang berpuasa sangat besar nilainya di
sisi Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Sebagaimana dijelaskan oleh
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Barangsiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka dia
akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala
orang yang berpuasa tersebut.” (HR. At Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala menerima amalan-amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita semua. Amin Ya Mujibas Sailin.
Wallahu A’lam Bishshawab
sumber google.